Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kebakaran rumah tamu: Seorang terkorban, dua cedera

    BUCHAREST, 4 FEB – Satu kebakaran di sebuah rumah tamu di tengah Romania pada pagi tadi meninggalkan seorang maut dan dua dimasukkan ke hospital, kata pihak berkuasa.

    Pasukan kecemasan telah dikerahkan untuk memadam kebakaran di bandar Calimanesti di daerah Valcea di mana 10 orang termasuk pemilik dan seorang pekerja sedang tinggal di rumah tamu itu, menurut Jabatan Situasi Kecemasan, DSU.

    Sembilan orang berjaya menyelamatkan diri, di mana dua daripadanya dimasukkan ke hospital, kata pihak berkuasa. Seorang lagi terperangkap di dalam bangunan.

    “Malangnya, di sebalik semua usaha penyelamat, orang yang terperangkap dalam bangunan itu telah disahkan mati,” kata DSU dalam catatan di Facebook.

    Pihak berkuasa tidak menyatakan punca kebakaran tetapi berkata ia menjejaskan kawasan seluas kira-kira 250 meter persegi dan api berjaya dikawal dan tidak timbulnya risiko ia akan merebak.

    Satu lagi kebakaran rumah tamu pada akhir Disember telah mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk dua kanak-kanak. Siasatan telah dijalankan untuk menentukan punca kebakaran itu. – AP

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    EU adakan sidang tergempar mengenai Ukraine esok

    MOSCOW, 23 NOV - Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU)...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Nakhoda bot disabit bersalah atas kematian pelancong

    ROM, 21 NOV – Seorang nakhoda bot laju yang...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...