Friday, October 25, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran sub-stesen elektrik berjaya dipadam

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    TUTONG, 24 OKT – Lima buah jentera dari Balai Bomba Lamunin dan Balai Bomba Tutong telah bergegas ke tempat kejadian kebakaran di Sub-Stesen Elektrik Batu 18, Tutong, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 8:58 pagi, hari ini.

    Sejurus tiba di tempat kejadian anggota bomba segera bertindak memadam kebakaran yang melibatkan sebuah peralatan di stesen tersebut menggunakan satu jet foam sebanyak sembilan tong, dan api berjaya dikawal dalam masa dua minit.

    Punca kebakaran dan kerugian masih lagi dalam siasatan, manakala tiada kecederaan dan korban jiwa dilaporkan semasa kejadian.

    Operasi memadam kebakaran telah diketuai oleh Ahli Bomba Kanan No 9 Azamain bin Haji Abdul Fattah.

    Hadir semasa operasi tersebut, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi E, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah, Stesen Komander Balai Bomba Tutong ASFR Hajah Siti Alam binti Haji Ali, Stesen Komander Balai Bomba Lamunin ASFR Nur Halimatul Halimah binti Abdullah Chin.

    Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran yang berlaku di Sub-Stesen Elektrik Batu 18, Tutong, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda