SEOUL, 14 FEB – Enam orang terbunuh dan tujuh cedera hari ini akibat kebakaran yang melanda tapak sebuah hotel mewah yang sedang dibina di bandar pelabuhan Busan, Korea Selatan, kata Agensi Bomba Kebangsaan.
Kebakaran berlaku sebelum 11 pagi di tapak Hotel Banyan Tree, kata pihak berkuasa.
Kira-kira 100 pekerja hotel berkenaan berada di tempat kejadian kebakaran itu berlaku, kaat seorang Pegawai Agensi Bomba Kebangsaan kepada AFP.
Ia dipercayai bermula di tingkat satu tapak pembinaan itu yang mana pekerja telah menyimpan bahan-bahan mudah terbakar, kata seorang pegawai bomba kepada pemberita.
Menurut Kementerian Kewangan, Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok, mengarahkan pegawai untuk menggerakkan sepenuhnya semua kakitangan dan peralatan yang ada untuk memadamkan kebakaran.
“Setiap usaha mesti dilakukan untuk mengelakkan kemalangan jiwa semasa operasi mencari dan menyelamat, di samping memastikan keselamatan anggota bomba,” kata Choi. Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 1:30 petang. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P19-2B-web_15022025.jpg)