Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran terus marak di wilayah Izmir, Turkiye

    IZMIR, TURKIYE, 3 JULAI – Pasukan kecemasan masih bertungkus-lumus memadam kebakaran yang melanda wilayah Izmir, Turkiye dengan penggunaan pesawat dan helikopter diteruskan sehingga malam kelmarin, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Agensi Anadolu melaporkan penduduk di tiga kawasan perumahan dipindahkan bagi menjamin keselamatan.

    Kebakaran dipercayai bermula di kawasan ladang sebelum merebak pantas ke hutan berhampiran akibat tiupan angin kencang, menurut kenyataan kerajaan perbandaran Izmir.

    Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kebakaran di wilayah itu mengakibatkan kerosakan besar.

    Agensi Bantuan Bencana dan Kecemasan (Afad) melaporkan bahawa 110 bangunan kediaman di Izmir rosak teruk atau musnah sepenuhnya.

    Secara keseluruhan, ratusan kejadian kebakaran dilaporkan di seluruh negara, namun kebanyakannya berjaya dipadamkan.

    Wilayah Bilecik di barat Turkiye turut mengalami kerosakan akibat kebakaran. – Bernama

    Orang ramai dan anggota bomba cuba memadamkan api ketika asap dan suar naik dari kawasan hutan susulan kebakaran hutan di daerah Seferihisar di Izmir, Turkiye pada 30 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda