BARCELONA, 14 OGOS – Tiga warga Pakistan terkorban dalam satu kebakaran hari ini di bandar timur laut Sepanyol Barcelona yang juga mencederakan empat orang lain, kata polis.
Kebakaran meletus pada awal pagi di tingkat bawah sebuah bangunan di daerah bandar Barceloneta, membunuh tiga lelaki, ‘kesemua mereka rakyat Pakistan,’ beritahu jurucakap polis kepada AFP.
Daripada empat mangsa cedera, seorang berada dalam keadaan serius, kata pejabat datuk bandar. Polis sedang menyiasat punca kebakaran.
Barcelona ialah pusat ekonomi rantau Catalonia dan tempat tinggal kepada sejumlah besar pendatang. – AFP
