LOS ANGELES, 10 MEI – Jaringan 30 mata menerusi Al Horford pada lewat perlawanan membantu Boston Celtics menewaskan Milwaukee Bucks 116-108 dan mengikat tujuh siri saingan terbaik mereka kepada 2-2 kelmarin.
Juara bertahan Bucks mendahului 3-1 dalam siri separuh akhir Eastern Conference dengan jaringan 11 mata pada lewat suku ketiga, dengan Giannis Antetokounmpo mencatat prestasi terbaik. Tetapi aksi jaringan suku keempat yang teruk dari Celtics, dengan Horford menjaringkan 16 mata, mendorong Boston mengatasi Milwaukee 43-28 sekaligus mengubah pertandingan dengan Celtics pulang ke Boston untuk perlawanan kelima Rabu nanti.
Horford menerima bantuan jaringan daripada Jayson Tatum, yang menambah 30 mata, manakala Jaylen Brown dan Marcus Smart masing-masing menyumbang 18 mata.
Derrick White menambah 11 mata dari bangku simpanan apabila lima pemain Celtics menamatkan saingan dengan dua angka untuk menutup mulut penonton Forum Fiserv Milwaukee. Antetokounmpo mendahului jaringan mata untuk Milwaukee dengan 34 mata dalam usaha yang sia-sia, dengan 18 rebounds dan lima assists manakala Brook Lopez berakhir dengan 17 mata. – AFP
