Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri 30 Mac

    ISTANBUL, 30 MAC – Umat Islam di kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri hari ini, menandakan berakhirnya bulan Ramadan.

    Agensi Anadolu (AA) melaporkan pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan bahawa anak bulan telah kelihatan kelmarin.

    Dengan itu, Aidilfitri akan diraikan hari ini.

    Pengumuman serupa turut dibuat oleh Pejabat Wakaf Sunni di Yaman dan Iraq.

    Bagaimanapun, Oman memaklumkan bahawa negara itu akan menyambut Aidilfitri esok susulan anak bulan Syawal tidak kelihatan.

    Aidilfitri merupakan satu daripada dua perayaan utama dalam Islam, selain Aidiladha. – Bernama

    Gambar menunjukkan seorang wanita Iraq membeli-belah pakaian menjelang Aidilfitri di pasar Shorjah di tengah Baghdad, Iraq pada 27 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda