WASHINGTON, 11 April – Perlindungan bank pusat AS daripada campur tangan politik sedang menghadapi ‘ancaman’ daripada Kongres, satu prospek yang mungkin menghakis perkembangan dalam ekonomi, ketua Rizab Persekutuan Janet Yellen (gambar) mengingatkan semalam.
Penyelidikan menunjukkan negara-negara yang membenarkan kebebasan bank pusat dalam menetapkan dasar mata wang ‘cenderung menikmati prestasi makroekonomi yang lebih kukuh’, kata Yellen dalam satu perbincangan di Universiti Michigan. Kongres AS ‘dengan bijak’ meluluskan satu undang-undang yang memberikan kebebasan kepada Perskeutuan pada 1970, namun ia diancam oleh undang-undang yang sama ada mengaudit keputusan Perskeutuan atau mewajibnya mengikuti satu formula matematik yang ketat untuk menetapkan kadar faedah.
“Saya sentiasa bimbang mengenai ancaman yang timbul kepada kebebasan kami,” kata Yellen.
Sementara beliau tidak menyebut Presiden AS Donald Trump, beliau bersifat mengkritik mengenai persekutuan ketika kempen pilihan raya tahun lalu.
“Saya fikir kebebasan bank pusat untuk membuat keputusan mengenai dasar mata wang, bebas daripada tekanan politik jangka pendek, adalah amat penting dan membawa kepada pengambilan keputusan yang lebih baik, menumpu pada keperluan jangka panjang dan keadaan ekonomi,” kata Yellen. – AFP