Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebenaran syarikat pengendali pakej umrah digantung sementara

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Kebenaran Syarikat Qamaroon Tours Sdn Bhd untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi telah digantung sementara berkuat kuasa 12 Jun.

    Makluman tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji, kelmarin.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang urusan berkaitan pakej umrah dengan syarikat berkenaan sehingga satu pemberitahuan lanjut dikeluarkan.

    KHEU turut memaklumkan bahawa individu yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah dinasihatkan supaya memilih syarikat-syarikat lain yang telah diberikan kebenaran rasmi.

    Setakat ini, sebanyak 36 buah syarikat pelancongan telah diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025 Masihi.

    KHEU juga menekankan komitmen dalam memastikan syarikat-syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan ibadah umrah mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan demi kesejahteraan dan keselamatan para jemaah.

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda