Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keberadaan Malala dirahsiakan

    ISLAMABAD, 30 Mac – Keberadaan Malala Yousafzai di Pakistan telah disimpan rahsia pada hari ini, sehari selepas dia kembali ke tanah airnya.

    Dia kembali ke Pakistan selepas lebih daripada lima tahun meninggalkan negara itu akibat ditembak oleh lelaki bersenjata daripada kumpulan Taliban.

    Pemenang hadiah Nobel yang menjadi tajuk utama berita dan media sosial itu, menangis ketika dia menyampaikan ucapan emosi yang disiarkan di televisyen kelmarin mengatakan ia merupakan impiannya untuk kembali semula ke tanah air.

    Selain daripada mendapat sokongan warga tempatan, dia juga mendapat kritikan yang kuat dan Jadual perjalanannya masih lagi dirahsiakan demi keselamatannya.

    Meskipun mereka yang bertemu dengan Malala, mereka tidak diberitahu tentang kehadirannya hingga pada saat-saat akhir.

    Aktivis wanita dan pemenang hadiah Nobel, Malala Yousafzai semasa menghadiri perjumpaan bersama Aktivis hak wanita Pakistan di Islamabad pada 29 Mac 2018. – AFP

    Malala sangat dihormati secara meluas di peringkat antarabangsa sebagai ikon global untuk pendidikan perempuan, tetapi pendapat berbelah bahagi

    di Pakistan, di mana sesetengah konservatif menyifatkan dia sebagai ejen Barat dalam misi untuk mengaibkan negaranya.

    “Pakistan bersikap dingin kepada wiranya,” sebuah editorial dalam akhbar berbahasa Inggeris Dawn memetik mengenai kepulangan Malala hari ini.

    Aktivis hak wanita, Nighat Dad mengatakan bahawa dia dan sekumpulan feminis lain dari seluruh Pakistan yang berkumpul kelmarin tidak diberitahu bahawa mereka akan bertemu Malala sehingga saat terakhir.

    Penganjurnya, pengarah pemenang Oscar, Sharmeen Obaid-Chinoy, hanya memberitahu mereka “Ini akan menyerlahkan tahun anda,” kata Dad. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda