Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keberangkatan Negara ke Australia 19 Jun ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat mengadakan Keberangkatan Negara ke Australia bermula pada 19 hingga 21 Jun ini.

    Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Australia adalah atas undangan Gabenor Jeneral Australia, Tuan Yang Terutama Jeneral David John Hurley AC DSC (B).

    Semasa keberangkatan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, antara lainnya, dijangka akan berangkat mengadakan perjumpaan bersama TYT Jeneral David John Hurley dan Perdana Menteri Australia, TYT Anthony Albanese serta seterusnya menandatangani Deklarasi Bersama bagi Kerjasama Komprehensif antara Kerajaan Brunei Darussalam dan Komanwel Australia.

    Hubungan akrab di antara Brunei dan Australia telah lama terjalin sejak 5 Mei 1984, di mana kedua-dua buah negara mempunyai kerjasama yang kukuh dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelaburan, pertahanan, kesalinghubungan dan pertukaran antara rakyat, melalui beberapa siri Keberangkatan Negara yang lalu iaitu pada 1 hingga 3 Mei 2013 dan 15 hingga 20 Februari 2005. Baginda juga pernah berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Sydney pada bulan Mac 2018.

    Gambar fail KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ke Australia.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda