Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Keberanian, kepimpinan Lesly bantu adik-beradik bertahan’

    BOGOTA – “Saya lapar” dan “Ibu saya sudah meninggal” adalah perkataan pertama yang diucapkan oleh empat orang kanak-kanak yang hilang selama 40 hari di hutan Colombia ketika mereka ditemui, kata anggota kumpulan penyelamat semasa temu bual baru-baru ini.

    Selepas merayau-rayau berseorangan selama lebih sebulan, kanak-kanak Asli Huitoto – berusia 13, sembilan, lima dan setahun – telah diselamatkan dan dibawa keluar dari Amazon dua minggu lalu, dan dalam pemulihan dua hari kemudian di sebuah hospital tentera di ibu kota Bogota.

    Dalam temu bual yang disiarkan melalui saluran RTVC, anggota kumpulan yang dikerah untuk mencari kanak-kanak tersebut, yang juga terdiri daripada orang asli, mengongsikan detik-detik permulaan selepas bertemu dengan mereka.

    “Yang paling tua, Lesly, dengan mengendong adiknya paling bongsu, berlari ke arah saya. Lesly berkata, ‘Saya lapar,’” kata Nicolas Ordonez Gomes, salah seorang kru mencari dan menyelamat.

    “Salah seorang daripada adik lelakinya sedang berbaring. Dia bangun dan berkata kepada saya, ‘Ibu saya sudah meninggal’.”

    Anggota mencari dan menyelamat bergambar dengan kanak-kanak yang hilang selama 40 hari di hutan Colombia selepas ditemui. – Gambar AP
    Manuel Ranoque, bapa kepada kanak-kanak tersebut, bercakap kepada wartawan. – Gambar AP
    Pesawat Cessna 206 yang mereka naiki terhempas di hutan Colombia. – Gambar AP
    Kelihatan salah seorang kanak-kanak yang diselamatkan dibawa turun dari sebuah pesawat sebelum di bawa ke hospital tentera. – Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    “Kami segera mengatakan perkataan positif, memberitahu bahawa kami adalah kawan, kami dihantar oleh keluarga, ayah, bapa saudara.

    “Kami adalah keluarga!” tambah Ordonez Gomes.

    Dalam sebuah video yang diterbitkan sekitar 9 Jun lalu menunjukkan kanak-kanak berkenaan kelihatan kurus kering kerana menghabiskan masa di dalam hutan.

    Penyelamat mereka dilihat menyanyi, menghisap tembakau – tumbuhan yang dianggap suci di kalangan banyak penduduk hutan – bagi meraikan mereka yang berjaya diselamatkan itu.

    Empat orang kanak-kanak itu hilang di dalam hutan sejak 1 Mei, apabila pesawat Cessna 206 yang mereka naiki terhempas.

    Juruterbang telah melaporkan masalah enjin beberapa minit selepas berlepas dari sebuah kawasan pedalaman Amazon yang dikenali sebagai Araracuara, perjalanan sejauh 350 kilometer ke pekan San Jose del Guaviare.

    Mayat juruterbang, ibu kepada kanak-kanak tersebut dan seorang orang dewasa kesemuanya ditemui di kawasan nahas, di mana pesawat itu tergantung menegak di atas pokok.

    Ayah kepada kanak-kanak, bercakap kepada media di luar hospital, berkata bahawa isterinya mengalami kecederaan semasa kemalangan 1 Mei lalu, namun tidak meninggal dunia sehingga empat hari kemudian dan anak-anaknya berada di sisinya.

    “Satu perkara yang dijelaskan kepada saya (oleh Lesly, 13), ialah ibunya terselamat selama empat hari,” Manuel Miller Ranoque memberitahu wartawan.

    “Sebelum dia meninggal dunia, ibu mereka berkata, ‘Kamu semua keluar dari sini. Kamu akan melihat lelaki seperti ayah kamu, dan dia akan menunjukkan kamu kasih sayang yang sama seperti ibu berikan.’”

    Magdalena Mucutuy, ibu kepada kanak-kanak tersebut, merupakan ketua Orang Asli.

    Hasil daripada pengalaman tempatan kanak-kanak itu dan orang dewasa Orang Asli yang terlibat dalam pencarian bersama-sama tentera Colombia bahawa mereka akhirnya ditemui dalam keadaan hidup walaupun terdapat ancaman jaguar dan ular, dan hujan lebat yang tidak henti-henti yang mungkin menghalang mereka daripada mendengar panggilan daripada pasukan penyelamat.

    “Kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan hasil pengalaman dan hubungan mereka dengan alam sekitar yang diajarkan kepada mereka,” menurut Pertubuhan Orang Asli Kebangsaan Colombia.

    Mereka hanya memakan biji, buah, akar dan tumbuhan yang mereka ketahui boleh dimakan di rantau Amazon, Luis Acosta dari Pertubuhan Orang Asli Kebangsaan Colombia berkata kepada AFP.

    Menteri Pertahanan, Ivan Velasquez, yang mengunjungi mereka di hospital bersama Presiden Gustavo Petro, berkata bahawa mereka masih menjalani pemulihan, namun belum dapat makan makanan pejal.

    Dua anak bongsu, kini berusia lima dan setahun, meraikan ulang tahun mereka di hutan, ketika Lesly, anak yang paling tua, memimpin mereka menempuh pengalaman pahit itu.

    “Terima kasih kepadanya, keberanian dan kepimpinannya, adik-adiknya yang lain dapat bertahan, dengan penjagaannya, pengetahuannya tentang hutan,” kata Velasquez.

    Jeneral Pedro Sanchez, yang mengetuai operasi mencari, memuji Orang Asli yang terlibat dalam usaha mencari kanak-kanak itu.

    “Kami menemui mereka. Keajaiban, keajaiban, keajaiban!” dia memberitahu wartawan.
    Ketua tentera, Helder Giraldo berkata pasukan penyelamat meliputi lebih 2,600 kilometer untuk menemui mereka.

    “Sesuatu yang mungkin mustahil untuk dicapai,” Giraldo berkata melalui Twitter.

    Selain daripada jaguar, ular dan haiwan pemangsa yang lain, kawasan itu juga merupakan tempat kumpulan bersenjata menyeludup dadah.

    Petro menyifatkan kejayaan itu sebagai ‘perkongsian pengetahuan antara Orang Asli dan pasukan tentera’ yang telah menunjukkan ‘laluan berbeza ke arah Colombia baharu’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/