Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Sejak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, penggunaan pelitup muka menjadi satu kemestian apabila berada di luar dan melihat kepada sambutan yang memberangsangkan, penghasil pelitup muka tampil dengan rekaan tersendiri mereka.
Banyak jenis pelitup muka yang mempunyai valve dan filter, apa yang penting adalah cara pemakaiannya kerana ada sebahagian pelitup muka ini boleh digunakan untuk beberapa waktu saja.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata sedemikian ketika memberi respons kepada persoalan media mengenai terdapat negara yang telah mengharamkan pelitup muka yang mempunyai valve setelah didapati tidak berkesan dalam menapis udara.
Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, banyak keperluan teknikalnya selain pemakaiannya juga dihadkan untuk beberapa hari saja dengan pemakaian yang sempurna.
Ini, tambah beliau, perlu diteliti sebelum membuat andaian ia tidak baik dan sebagainya.
“Bagi orang ramai yang berhasrat untuk menggunakan pelitup muka yang mempunyai valve ini, ia mestilah mengikut apa juga arahan cara penjagaan dan pemakaiannya selain ia juga mempunyai kelulusan dan diiktiraf.”
Apa yang penting, jelas Yang Berhormat Dato lagi, pelitup muka yang mempunyai valve ini sudah melalui proses pengiktirafan, kebenaran dan sebagainya.
“Setakat ini, sebahagiannya menunjukkan bukti keberkesanan dan pada masa ini ia masih dipantau dan tidak semestinya semua ini baik, ia bergantung cara pemakaian orang,”