Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Kebersihan di tandas awam perlu diterapkan

    Berkaitan video tular tentang seorang pempengaruh luar negara yang menilai kebersihan tandas awam negara kita, baru-baru ini, saya turut terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai keadaan sebenar kemudahan awam di negara ini.

    Isu kebersihan tandas awam di beberapa lokasi tumpuan orang ramai seperti taman rekreasi, gerai makan, pasar dan kawasan pelancongan sebenarnya wajar kita titikberatkan kerana ia mencerminkan imej dan tahap kesedaran sivik masyarakat kita.

    Walaupun Brunei terkenal dengan persekitaran yang bersih dan teratur, malangnya tandas awam masih kurang diberi perhatian.

    Antara masalah yang sering ditemui termasuklah tandas yang kotor, tersumbat, tiada bekalan air, sabun atau tisu dan kadangkala langsung tidak boleh digunakan. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan, malah boleh mendatangkan risiko kesihatan, khususnya kepada kanak-kanak, warga emas dan pelancong.

    Saya percaya kebersihan tandas bukan hanya tanggungjawab penyelenggara, tetapi juga pengguna.

    Namun, tanpa sistem penyelenggaraan yang konsisten dan pemeriksaan berkala, tandas awam mudah terabai.

    Tandas awam yang bersih menunjukkan tahap sivik masyarakat dan mencerminkan imej negara kepada pelawat luar.

    Untuk menarik pelancong, perkara yang ditekankan bukan sahaja melibatkan aspek budaya, makanan dan tempat-tempat menarik, tetapi juga kebersihan tandas.

    Beberapa tahun lalu, pemeriksaan dan pengauditan tandas awam telah dijalankan dan diharapkan ia dapat diteruskan hingga ke hari ini dan seterusnya.

    Syifa

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...