Saya menulis untuk meluahkan perkara membimbangkan dan rasa tidak puas hati saya berhubung kebersihan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Pada waktu suami saya dimasukkan ke wad, saya berasa terkejut melihat lantai tidak disapu bersih dan saya masih boleh nampak sisa-sisa sampah di atas lantai. Tandas jarang nampak bersih dan sering kehabisan tisu. Bau yang tidak menyenangkan juga dapat dihidu. Malah tandas di lobi dan surau juga sama.
Beberapa tahun lalu, saya terpaksa menjaga ibu saya apabila dia dimasukkan ke dalam wad selama hampir sebulan. Namun kebersihan adalah terjaga dan saya berasa gembira dengan keadaan tersebut. Bolehkah pihak berkuasa menyiasat perkara ini? – Warga prihatin