Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Sebagai usaha untuk memupuk sifat ‘kekitaan’ dalam menjaga kebersihan sekolah bersama pihak sekolah dan pihak-pihak berkepentingan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan, Kementerian Pendidikan mengelolakan Kempen Kebersihan di Persekitaran Sekolah-sekolah Kerajaan Seluruh Negara.
Kempen dengan tema ‘Sekolahku Rumahku’ itu telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dalam majlis yang berlangsung di Bangunan Sains dan ICT Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), pagi tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)