Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebimbangan PR di Brunei

    Penulis ingin menyuarakan tentang pemegang kad pengenalan berwarna ungu atau Penduduk Tetap (PR).

    Rata-rata masih ramai PR termasuk penulis menunggu untuk mendapatkan kerakyatan Brunei.

    Selain penulis, ada juga yang sudah puluhan tahun menunggu tetapi tidak diendahkan. Walaupun lahir dan membesar di Brunei serta sudah membuat ujian bertulis tetapi
    sehingga kini belum ada kemas kini mengenainya.

    Penulis juga berasa ralat terutamanya ketika ingin melancong ke luar negeri, yang mana penulis terpaksa membuat visa dan membayar dengan harga yang tertentu, semakin jauh melancong, semakin mahal bayaran visa.

    Lebih dari itu, penulis juga terpaksa datang untuk mengemukakan visa ke Kedutaan Malaysia lebih awal dan beratur ketika penulis belayar ke Kuala Lumpur.

    Walaupun dapat melancong tetapi penulis tetap dibelenggu dengan ketakutan kerana dikhuatiri disuruh balik ke Brunei semula kerana pasport penulis hanya dinyatakan Certificate of Identity.

    Sesetengah negara ada yang masih keliru dengan pasport pemegang kad pengenalan ungu walaupun sudah beberapa kali diterangkan.

    Penulis berharap pihak berkenaan dapat mempercepatkan urusan permohonan kerakyatan para pemegang kad pengenalan ungu yang sudah lama menetap di Brunei untuk memudahkan urusan kami.

    Sweetie Pie

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda