Sunday, October 6, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebocoran gas, 10 maut

    BEIJING, 8 SEPT – Kebocoran gas di utara China telah membunuh 10 orang dan menyebabkan tiga cedera, kata media kerajaan hari ini.

    Kejadian itu berlaku sekitar jam 3:40 petang (0740 GMT) kelmarin berlaku di sebuah syarikat kimia di Ordos, wilayah Mongolia Dalam, lapor penyiar negara, CCTV.

    “Pelepasan gas bertekanan tinggi menyembur banyak kakitangan yang sedang bekerja di tempat tinggi dan menyebabkan mereka terjatuh”, kata CCTV.

    Seorang individu meninggal dunia di tempat kejadian tetapi bilangan mangsa telah meningkat sejak itu, menurut penyiar tersebut. – AFP

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda