Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebocoran minyak dikesan pada HMNZS Manawanui

    WELLINGTON, 8 OKT – Samoa hari ini berkata ia telah mengesan kebocoran kecil dari kapal tentera laut New Zealand yang karam di terumbu ketika membawa hampir 1,000 tan diesel.

    Berpuluh-puluh kru telah diselamatkan dari HMNZS Manawanui selepas ia melanggar terumbu Sabtu lalu, sebelum terbakar dan tenggelam di selatan pulau paling ramai penduduk Samoa, Upolu.

    Pemangku Perdana Menteri Samoa, Tuala Iosefo Ponifasio berkata hari ini beberapa kebocoran kecil minyak dari kapal itu telah berjaya dibendung.

    Bagaimanapun, tiada bukti tompok minyak yang lebih luas ditemui meresap di terumbu menghala ke pantai, tambah Ponifasio. “Sementara itu, saintis marin sedang menjalankan ujian sampel di perairan dan pantai berdekatan untuk mengenal pasti sebarang kesan minyak,” tambahnya.

    Pemerintah Tentera Laut New Zealand, Shane Arndell berkata terdapat minyak dari kapal semasa ia karam. Kapal karam itu terdampar di bahagian terumbu karang yang stabil kira-kira 30 meter di bawah permukaan, tambah Arndell. – AFP

    Gambar bertarikh 7 September 2022 menunjukkan HMNZS Manawanui tiba di Funafuti Lagoon, Tuvalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda