Oleh: Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja segera bagi pembaikan paip air bocor di kawasan Tanjong Bunut Kanan sedang dilaksanakan pada masa ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, hari ini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan terlibat iaitu Kampung Selayun, Kampung Tanjong Bunut Kanan, Kampung Tanjong Bunut Simpang 1280 – Simpang 1244, Kampung Jangsak Simpang 842 dan kawasan sekitarnya berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.
Orang ramai yang ingin membuat permohonan perkhidmatan tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.
