Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kebuluran: 3.1 juta kanak-kanak Sudan selatan terancam

    JUBA, SUDAN SELATAN, 28 JULAI – Peningkatan ketidakjaminan makanan di Sudan Selatan memburukkan lagi ancaman kepada nyawa 3.1 juta kanak-kanak yang memerlukan perlindungan segera, kata pegawai.

    Timbalan Setiausaha Kementerian Jantina, Kanak-kanak dan Kebajikan Masyarakat Sudan Selatan, Esther Ikere Ladu berkata kekurangan makanan telah mendorong kanak-kanak ke jalanan.

    “Apa yang mendorong kanak-kanak keluar ke jalanan adalah (kekurangan) makanan dan keganasan di rumah kerana awda mendapati semasa konflik (di Sudan Selatan), beberapa ibu menjadi balu dan ada yang memutuskan untuk berkahwin dan rumah mungkin tidak kondusif untuk kanak-kanak,” Ladu dilaporkan sebagai berkata oleh agensi Anadolu.

    Pengamal perlindungan kanak-kanak dan keselamatan makanan di Sudan Selatan menggesa penderma, kerajaan dan komuniti kemanusiaan untuk memastikan krisis keselamatan makanan tidak mengancam nyawa dan perlindungan kanak-kanak perempuan dan lelaki.

    “Adalah penting untuk menekankan bahawa pelbagai krisis di Sudan Selatan adalah krisis perlindungan kanak-kanak. Konflik, ekonomi, perpindahan akibat iklim terutamanya ketidakjaminan makanan meningkatkan risiko dan kerentanan untuk keganasan berasaskan seksual dan jantina, perkahwinan kanak-kanak, penculikan dan isu kesihatan mental,” kata Timbalan Perwakilan, UNICEF Sudan Selatan, Obia Achieng. – Bernama

    Pelarian Sudan yang melarikan diri dari konflik di Sudan berkumpul di Kem pelarian Zabout di Goz Beida, Chad pada 10 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...