Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza’

    ISTANBUL, 10 NOV – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin memberi amaran mengenai krisis yang semakin memuncak di utara Gaza, dengan menyatakan kebuluran akan berlaku di wilayah itu, lapor agensi Anadolu.

    “Sangat membimbangkan,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, merujuk kepada penemuan baharu daripada Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC).

    Data itu katanya menunjukkan ‘terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza.’

    “Kami menyeru agar peningkatan segera dan akses selamat untuk bantuan kemanusiaan terutamanya makanan dan ubat-ubatan untuk kekurangan zat makanan yang teruk dalam masa beberapa hari bukan minggu,” tambahnya. – Bernama

    Seorang wanita Palestin yang kehilangan tempat tinggal memberi makan kepada kanak-kanak di kem pelarian al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza pada 10 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda