Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecantikan bermula dari dalam diri – Sofea Jane

    Pelakon, Datin Sofea Jane, 53, berpendapat kecantikan sebenar bermula dari dalam diri, termasuk bagaimana seseorang memancarkan aura positif mereka.

    Menurut Sofea, amalan pemakanan sihat dan gaya hidup yang baik juga menjadi faktor utama dalam menjaga kesihatan, sekali gus menyerlahkan keanggunan, menurut laporan Harian Metro.

    “Pada saya kecantikan sebenar adalah sesuatu yang kita buat untuk diri sendiri seperti mempunyai keyakinan.

    “Keyakinan tidak semestinya datang dari luar, tapi daripada dalaman. Ia bergantung kepada pemakanan dan gaya hidup.

    “Ini termasuk keperibadian sebagai seorang manusia serta bagaimana awda melihat dunia. Itulah yang saya terapkan selama ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan Toujours Advanced di Guardian, The Exchange, TRX baru-baru ini.

    Berkongsi mengenai pemilihannya sebagai duta produk berkenaan, Sofea berkata ini adalah kali pertama dia bersetuju untuk menjalinkan kerjasama selepas lebih 30 tahun bergelar anak seni.

    “Saya adalah seseorang yang menggunakan produk berasaskan tumbuhan dalam tempoh yang lama.

    “Kebanyakan diet saya masih dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi saya tertarik dengan produk baharu yang mereka hasilkan ini,” katanya. – Agensi

    Sofea Jane amalkan diet sayur-sayuran dan buah-buahan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda