Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecantikan bunga sakura pikat para pengunjung

    SYDNEY – Kebanyakan penduduk tidak akan mengaitkan musim bunga di Australia dengan pokok bunga sakura, tetapi di pinggir bandar barat Sydney, bunga merah jingga yang ikonik menjadi tarikan kemuncak tahunan.

    Festival bunga sakura tahunan yang bermula pada baru-baru ini di Taman Botanik Auburn, menggabungkan dengan budaya tradisional Jepun dengan gaya Australia, menarik tumpuan seramai 100,000 pengunjung.

    Kanggaru yang tinggal di taman tersebut telah disaksikan oleh pencinta bunga, muda dan tua yang menikmati teh, makanan, muzik Jepun dan setentunya dengan bunga sakura.

    Dibuka pada tahun 1977, Taman Botanik Auburn merupakan kediaman untuk salah satu taman Jepun yang paling indah dilengkapi dengan air terjun dan kolam diisi ikan koi, dikelilingi lebih daripada 60 pokok sakura.

    Pengurus taman tersebut, Paul Clark memberitahu kepada Xinhua bahawa sebahagian daripada bunga sakura itu berusia 50 tahun, dan berbunga seperti jam semasa musim sajli Australia berubah menjadi musim bunga.

    Seorang wanita menikmati musim bunga di taman botani Auburn. – Xinhua
    Bunga sakura yang mekar menjadi tumpuan di taman tersebut. – Xinhua

    “Spesies bunga sakura yang terpilih akan berbunga untuk dua minggu yang terakhir dalam hujung bulan Ogos di Australia,” katanya.

    Taman itu menyediakan tempat yang khusus untuk ahli-ahli komuniti untuk menghabiskan masa mereka walaupun pada masa dahulu ia kurang glamor.

    “Pada tahun 1960, kawasan tersebut digunakan untuk tempat pembuangan sampah. Walau bagaimanapun, pada tahun 1968, pihak Majlis membuat keputusan untuk menjadikan tempat itu sebagai taman botanik. Oleh itu semua yang berada di taman itu, gunung-ganang dan sebagainya dibina dengan bersebab,” katanya.

    Taman itu diilhamkan oleh pereka bentuk Eric Black, kebanyakannya melihat poskad-poskad Jepun, namun beliau juga menerima nasihat daripada pakar dalam butir-butir yang lebih halus.

    “Air terjun di sini mengalir dari timur ke barat di mana ia merupakan suatu elemen yang penting dalam tanaman Jepun,” kata Clark.

    “Elemen lain yang penting adalah mengikut musim dalam tanaman Jepun supaya anda boleh tahu musim apa semasa anda masuk ke taman tersebut tanpa mengetahui musim yang dilalui pada tahun itu,” katanya.

    “Anda boleh berjalan melalui taman itu dan anda menyaksikan bahawa kami akan datang ke musim bunga telah datang,” katanya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda