Kecantikan bunga teratai

Kelihatan warga Vietnam dan pelancong asing, kebanyakannya wanita duduk di atas perahu atau berjalan di atas jambatan buluh di tengah-tengah kolam yang besar dan dipenuhi oleh bunga teratai berwarna merah jambu di ibu kota Vietnam, Hanoi.

“Musim teratai bertahan selama dua bulan, namun ia selalu menarik perhatian ramai pelawat daripada penduduk tempatan dan pelancong asing. Kolam teratai kami ini selalunya menerima lebih daripada 700 orang dalam masa sehari,” Nguyen Duc Chung, pemilik kolam teratai sebesar 6.2 hektar bersebelahan dengan West Lake di daerah Tay Ho, Hanoi, Vietnam.

Pada bulan Julai, walaupun cuacanya panas terik, kebanyakan pelawat wanita memakai pakaian tradisional Vietnam iaitu ao dai atau ao yem.

Mereka bergambar dengan bunga teratai merah jambu dan daun hijau teratai tanpa mengenal lelah.

“Kami sebagai petani sangat terhutang budi dengan bunga teratai yang telah banyak membantu kami. Ia bukan sahaja mewujudkan makna budaya, tetapi meningkatkan lagi nilai ekonomi,” kata Chung, dan menambah setiap bahagian tumbuhan teratai itu, temasuk bunga, daun dan akarnya boleh menjadi makanan yang sedap atau sebagai perubatan herba.

Bunga teratai yang mekar berada di kolam berhampiran West Lake, Hanoi, Vietnam. – Xinhua
Salah seorang penduduk Vietnam sedang membuat teh teratai di Hanoi, Vietnam. – Xinhua

Bunga teratai simbol kepada kecerahan, kemuliaan dan kecantikan yang asli dan dianggap sebagai bunga kebangsaan Vietnam oleh penduduk tempatan walaupun negara itu belum mengeluarkan apa-apa undang-undang yang mengiktirafnya secara rasmi.

“Tidak ada yang lebih cantik daripada teratai di kolam itu. Dedaun yang menghijau, bunga-bunga putih dan stamen berwarna kuning,” kata Chung, berusia 54 tahun.

Walaupun cuaca yang panas terik, dengan bangganya mengalunkan cerita rakyat yang dikenali oleh penduduk Vietnam.

Selama beberapa abad, tanaman teratai, iaitu bunga merah jambu atau putih telah ditanam secara meluas di perairan cetek dan keruh di sesetengah negara-negara Asia seperti China dan Vietnam.

Bunga teratai itu menjadi ikon dalam kesusasteraan, seni, agama termasuk agama Buddha kerana daya tahannya dan kecantikannya di atas air keruh, termasuk dengan warnanya yang cerah dan bau yang menyenangkan.

Undian terbanyak

Pada 2010 hingga 2011, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam telah melancarkan undian bunga kebangsaan di Utara, Tengah dan Selatan dan bunga teratai mendapat undian terbanyak, diikuti dengan bunga aprikot dan bunga pic.

“Bunga mekar aprikot sangat cantik namun ia merupakan terhad di kawasan selatan dan pic yang berbunga juga sangat cantik namun ia juga terhad di kawasan utara

“Bunga kebangsaan kita merupakan simbol kepada semangat dan kesedaran penduduk Vitenam,” kata To Ngoc Thanh, Presiden Persatuan Folkloris Vietnam. Sebab itu beliau memilih bunga teratai.

Meningkatkan ekonomi

Menurutnya, selain daripada kecantikan budaya dan pemandangan yang indah, bunga teratai ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

Stamen dijadikan sebagai wangian untuk teh, bijinya pula dijadikan sebagai jem, kek dan ubat penenang, dan rizomnya dijadikan sebagai sayuran manakala daunnya dapat dijadikan sebagai pek bungkusan semula jadi.

“Kami telah menjual daun teratai yang segar berharga AS$0.40 sen hingga AS$0.80 sen, bunganya untuk AS$0.40 sen, dan teh bersama bunga dalam AS$1.30,” kata Chung kepada Xinhua.

Chung duduk bersama anak saudaranya, Tuan, di pondok itu yang sedang sibuk meletakkan serbuk teh kering ke dalam bunga teratai dan dibungkusnya dengan menggunakan daunnya.

“Setiap hari, saya telah menuai dalam 500 hingga 600 bunga teratai untuk dijual kepada mereka sebagai bunga yang segar atau teh teratai,” kata lelaki muda itu.

Seorang pelajar tempatan fotografi, Truc Quynh, berjalan tanpa menggunakan alas kaki di jambatan buluh ke pusat kolam untuk mengambil gambar terbaik teratai merah jambu.

Beliau berkata, “Saya akan buat yang terbaik untuk dibandingkan dengan bunga teratai yang sentiasa mengekalkan keindahan dan kemuliaannya walaupun sukar.” – Xinhua