Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecederaan bingungkan bos Bayern

    BERLIN, 17 Ogos – Jurulatih Bayern Munich, Carlo Ancelotti (gambar) mempunyai senarai panjang kecederaan untuk ditangani apabila pasukan juaranya memulakan musim baru Bundesliga menentang Bayer Leverkusen Sabtu ini.

    Di bawah kendalian Ancelotti, Bayern mendominasi liga Jerman dengan mudah musim lepas ketika mereka menjulang gelaran kelima berturut-turut.

    Mereka berada di puncak selama tiga minggu, RB Leipzig hanya memintas mereka buat seketika pada bulan November, sebelum menamatkan sebagai pemenang dengan jurang 15 mata pada bulan Mei.

    Tetapi 90 hari sejak perlawanan liga terakhir mereka, Ancelotti mempunyai skuad yang berbeza, kebanyakannya bergelut untuk cergas. Beberapa keputusan buruk menjadi bukti apabila mereka tewas lima daripada enam perlawanan pra musim sebelum menang di Piala Super Jermand di Dortmund menerusi penentuan sepakan penalti.

    Beberapa keputusan seperti kalah 2-0 kepada Napoli dan Inter Milan, 3-0 kepada Liverpool dan 4-0 oleh AC Milan telah menimbulkan persoalan di Munich. Keletihan adalah satu faktor ketika menentang Milan, di mana Bayern bermain empat perlawanan dalam 12 hari jelajah Julai di China dan Singapura.

    Ancelotti kehilangan dua pemenang Piala Dunia Jerman, Philipp Lahm dan pemain tengah Xabi Alonso, yang kedua-dua bersara, sementara pemain sayap Brazil, Douglas Costa dijual ke Juventus.

    Ancelotti tanpa pemain perancang Thiago Alcantara dan pemain baru James Rodriguez, melalui pinjaman dua tahun dari Real Madrid, selepas mengalami kecederaan dalam pra musim.

    Pemain pertahanan Jerome Boateng dan Javi Martinez juga diketepikan kerana menerima hentakan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda