Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecederaan Henderson merunsingkan Liverpool

    LONDON, 26 FEB – Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson akan menjalani pembedahan setelah mengalami kecederaan groin dan menambah kedukaan buat pasukan juara bertahan Liga Perdana Inggeris yang mengalami krisis kecederaan.

    Pemain tengah itu terpaksa dikeluarkan setelah bermain selama setengah jam ketika kekalahan 2-0 di laman sendiri menentang Everton hujung minggu lalu dan ujian terperinci mendapati dia perlu menjalani pembedahan.

    “Henderson telah berjaya menjalani prosedur pembetulan ke atas aduktor kecederaan,” menurut kenyataan dikeluarkan Liverpool hari ini. “Dia akan mula menjalani program pemulihan dengan segera.

    “Tiada tarikh tepat bila dia akan kembali. Walau bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun ini pada mulanya diketepikan selepas perlawanan antarabangsa pada Mac.

    Rancangan Klopp telah terjejas dengan kecederaan jangka panjang pemain tengah Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip, di mana memaksa Henderson untuk bermain di bahagian pertahanan bagi sebahagian besar musim ini.

    Liverpool menjulang kejuaraan buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun musim lalu tetapi mencatatkan kekalahan keempat berturut-turut dan meletakkan mereka dalam keadaan bahaya terlepas kedudukan bermain di Liga Juara-Juara musim hadapan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda