MADRID, 30 SEPT – Kecederaan yang membelenggu Eden Hazard di Real Madrid dilihat akan berterusan selepas pemain kebangsaan Belgium itu dikeluarkan dari skuad yang akan bertemu Real Valladolid di La Liga hari ini dengan masalah kecederaan otot.
Hazard yang dilihat bakal membuat penampilan pertama musim ini tetapi kini dia dijangka akan diketepikan sekurang-kurangnya dua minggu, meningkatkan keraguan dia akan turut beraksi dalam perlawanan El Clasico menentang Barcelona pada Oktober.
“Selepas menjalani ujian hari ini terhadap pemain kami Eden Hazard oleh Perkhidmatan Perubatan Real Madrid, dia telah didiagnosis dengan kecederaan otot di kaki kanan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab.
Hazard yang diketepikan dalam dua perlawanan pembukaan Real di La Liga, dengan jurulatih Zinedine Zindane mengakui bahawa pemain berusia 29 tahun itu akan diturunkan apabila dia sudah bersedia.
Ditanya awal bulan ini jika Hazard telah pulih dari kecederaan buku lali yang menimpanya musim lalu, Zidane berkata, “Saya tidak tahu, saya tidak dapat memberitahu anda secara tepat.”
“Dia kini berasa lebih baik dan yang paling penting ialah dia, perasaannya bahawa dia berada dalam 100 peratus. Kami mempunyai masa, kami baru sahaja memulakan musim ini. Apa yang dia perlukan ialah untuk berada dalam keadaan 100 peratus atau 120 peratus.”
Zidane kekal berhati-hati selepas kecederaan awal tahun lalu, selepas hazard menyertai kelab dari Chelsea dengan bayaran 100 juta euro, di mana dia mengalami kecederaan sehari sebelum perlawanan pertama. – AFP
