Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecederaan Messi gugat kedudukan Barca

    BARCELONA, 23 Okt – Kesuraman Barcelona tidak berubah disusuli dengan persoalan mengenai Lionel Messi tetapi isu mengenai pergantungan berlebihan mungkin lebih jelas dalam masa beberapa minggu lagi.

    Keadaan Messi di atas padang, memegang lengan tangannya, ketika kemenangan Barca ke atas Sevilla pada Sabtu lalu mencetuskan reaksi dari dalam Camp Nou yang biasa dikhaskan untuk jaringan.

    Tangan di belakang kepala, jari ke mulut, kebimbangan menjadi realiti sejurus selepas wisel penamat apabila kelab itu mengesahkan Messi mengalami keretakan tulang jari.

    Ketiadaannya menyaksikan Barca terjejas apabila me-reka begitu memerlukannya, bagi perlawanan–perlawanan yang melibatkan persaingan menentang Inter Milan dalam Liga Juara-Juara esok, persaingan Clasico bertemu Real Madrid pada Ahad, sebelum aksi timbal balik menentang Inter di Itali pada awal bulan depan.

    Jika dia mengambil masa yang agak lebih lama untuk pulih dari yang dijangka, dia mungkin tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Real Betis dan Atletico Madrid dalam La Liga.

    Reaksi Messi ketika meraikan jaringan pada perlawanan menentang Sevilla di Stadium Camp Nou di Barcelona pada 20 Oktober lalu. – AFP

    Barcelona biasa terhadap dakwaan bergantung, tidak kurang apabila keputusan bertukar menjadi buruk.

    Apabila Ernesto Valverde meninggalkan Messi di bangku simpanan bagi keputusan seri 1-1 di gelanggang sendiri menentang Athletic Bilbao bulan lalu, kedudukan ditambah lagi dengan kemasukannya dan menghasilkan asis bagi jaringan penyamaan.

    “Ini adalah Barcelona,” kata Messi selepas itu. “Kami memiliki pasukan yang kuat dan kami sudah cukup untuk tidak bergantung ke atas seorang pemain.”

    Kedudukan yang sama dibangkitkan musim lalu, apabila Messi, sebagai pemain gantian, memberikan inspirasi kebangkitan lewat dari dua gol menentang Sevilla dan menjaringkan gol pada minit ke-89.

    Dia beraksi sepanjang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Roma tetapi kemudian kritikan adalah Barca gagal untuk mencari jawapan apabila Messi tidak memberikannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda