PARIS, 27 Feb – Bintang Paris Saint-Germain (PSG) Neymar mengalami kecederaan buku lali dan keretakan metatarsus sehingga diusung keluar daripada aksi menentang Marseille, menurut pendahulu Ligue 1 itu semalam.
Pemain Brazil yang menyertai PSG dari Barcelona dengan bayaran tertinggi dunia tahun lalu, mengalami kecederaan serius yang menimbulkan kebimbangan tidak dapat beraksi untuk aksi kedua 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Parc des Princes, 6 Mac depan.
Pasukan itu ketinggalan selepas kalah 3-1 pada perlawanan pertama di Sepanyol dengan harapan untuk mengungguli gelaran Liga Juara-Juara buat pertama kali turut berdepan dengan tamparan hebat berikutan pengesahan kecederaan Neymar, meskipun mereka tidak dapat memastikan tempoh pemain berusia 26 tahun itu yang terpaksa direhatkan.
Menurut kenyataan PSG, beberapa pemeriksaan tambahan dilakukan hari ini (imbasan ultrasound dan CT) telah mengesahkan kecederaan pada buku lali kanannya namun turut dikaitkan dengan tulang metatarsus kelima.

Peluang Neymar untuk kembali bermain dan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah kini semakin terkubur.
Dia dengan pastinya akan terlepas peluang untuk beraksi pada perlawanan suku akhir Piala Perancis menentang Marseille esok dalam kunjungan ke Troyes dalam aksi Ligue 1 hujung minggu ini, diikuti pertemuan dengan Real selepas tiga hari kemudian.
Kecederaan metatarsus selalunya akan mengambil masa selama beberapa minggu untuk sembuh.
Tahun lalu, pemain senegara Neymar, Gabriel Jesus tidak turun padang selama dua bulan selepas mengalami kecederaan metatarsus ketika aksi menentang Manchester City dan terpaksa bergelut dengan kecederaan yang berpanjangan. – AFP