Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kecederaan punca United asyik kalah

    LONDON, 31 OKT – Pemain pertahanan Manchester United, Jonny Evans menyalahkan prestasi buruk pasukannya akibat kecederaan yang mendadak selepas musim bermasalah mereka mencecah paras terendah dengan kekalahan derby menentang Manchester City Ahad lalu.

    City meraih kemenangan 3-0 di Old Trafford dalam pertembungan berat sebelah yang boleh menjadi kekalahan yang lebih besar untuk pasukan Erik ten Hag yang kalah.

    Selepas memenangi tiga perlawanan sebelum ini, United kembali kepada prestasi yang tidak konsisten dan lesu yang menyebabkan mereka mengalami enam kekalahan dalam 10 perlawanan pertama mereka dalam semua pertandingan.

    Pengurus United, Ten Hag terpaksa berhadapan dengan senarai kecederaan yang ketara termasuk Casemiro, Lisandro Martinez, Luke Shaw, Tyrell Malacia, Aaron Wan-Bissaka dan Amad Diallo.

    Evans percaya ketiadaan begitu ramai pemain telah menggugat kestabilan skuad.

    “Saya rasa kami telah terganggu dengan banyak kecederaan pada musim ini dari segi pemain utama,” kata Evans kepada MUTV.

    “Mungkin ramai pemain utama kami tidak dapat beraksi.

    “Saya rasa pengurus telah menghadapi kesulitan untuk mengatur pasukan, taktik dan perubahan pemain dalam waktu yang singkat dengan hanya dua hari di antara perlawanan.

    “Jadi itu adalah sesuatu yang sukar. Semoga kami boleh mendapatkan kembali lebih ramai pemain dan memberi peluang sebenar untuk mencipta kecergasan dalam pasukan yang bermain,” tambahnya. – AFP

    Aksi Evans semasa perlawanan antara Sheffield United dan Manchester United di Bramall Lane di Sheffield, England baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...