KUALA LUMPUR – Dalam era kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang, pelbagai alat berasaskan teknologi itu mula muncul, antaranya ChatGPT yang mencetuskan perubahan besar dalam landskap pendidikan negara, terutama di institusi pengajian tinggi (IPT). ChatGPT sebagai alat bantuan belajar menawarkan manfaat besar dalam perkara-perkara seperti penjanaan esei, kreativiti dalam penulisan, analisis data serta penyelidikan selain

