Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecewa anak-anak buang nama keluarga, Brad Pitt mahu bina hidup baharu

    Berdepan krisis keluarga membuatkan pelakon Brad Pitt berazam ingin membina hidup baharu bersama kekasihnya iaitu Ines De Ramon.

    Daily Mail melaporkan Brad, 61, masih menyimpan keinginan untuk mempunyai cahaya mata meskipun hatinya terluka dengan tindakan anak-anaknya menggugurkan nama keluarga.

    Menurut sumber Ines, 34, menyokong keputusan tersebut malah pasangan itu mahu membina kehidupan baharu yang lebih bahagia.

    “Dia tak kisah untuk tambah anak, Ines pun masih muda dan dia menyokong idea tersebut. Mereka hanya mahu bina kehidupan yang lebih bahagia.

    “Mereka mahu kehidupan tanpa drama dan fokus hanya untuk besarkan anak-anak,” jelasnya.

    Brad mula berkenalan dengan kekasihnya sejak November 2022 dan menyifatkan wanita itu sebagai sumber kekuatannya selama ini.

    Sebelum ini, pelakon filem World War Z itu meluahkan kekecewaan dengan keputusan anak-anaknya membuat permohonan mahkamah bagi menggugurkan ‘Pitt’ daripada nama mereka.

    Keputusan berkenaan dibuat oleh Zahara Marley Jolie-Pitt, Shiloh Naouvel Jollie-Pitt dan Vivienne Marcheline Jolie-Pitt.

    Bagaimanapun, Brad percaya bekas isterinya iaitu Angelina Jolie merupakan dalang di sebalik keputusan tiga anak mereka. – Agensi

    Brad kini sedang melalui fasa bahagia bersama Ines. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda