Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kecewa’ dengan penolakan India

    NEW DELHI, 15 Jan – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hari ini berkata beliau “kecewa” dengan keengganan India untuk menyokong pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya tetapi tidak akan menjejaskan lawatan bersejarahnya ke negara terbesar di Asia itu.

    Netanyahu juga berikrar Israel akan ‘menangkap’ pembunuh pasangan suami isteri berbangsa Yahudi yang terbunuh dalam serangan 2008 di Mumbai yang mana anak lelaki pasangan itu turut mengiringinya semasa lawatan enam hari ke India.

    Pemimpin Israel itu tiba semalam sebagai ketua delegasi perniagaan terbesar yang dipegangnya semasa lawatan ke luar negara. Netanyahu memberitahu kumpulan media India Today, dalam temu bual yang disiarkan hari ini, bahawa beliau mempunyai ‘hubungan istimewa’ dengan rakan sejawatannya Narendra Modi.

    Namun sebelum itu disuramkan dengan India menyertai lebih 100 buah negara di PBB yang mengundi pada bulan lalu untuk mengutuk pengiktirafan Baitulmaqdis oleh Washington sebagai ibu negara Israel.

    “Sudah tentu saya kecewa tetapi saya berpendapat lawatan ini adalah bukti bahawa hubungan kami bergerak ke arah pelbagai bidang,” Netanyahu berkata dalam temu bual itu.

    Sebelum lawatan itu, India juga telah membatalkan perjanjian AS$500 juta bagi peluru berpandu antikereta kebal Israel, Spike.

    Israel mengeksport peralatan ketenteraan pada purata AS$1 bilion setiap tahun ke India, tetapi Modi mahu menamatkan status India sebagai pengimport pertahanan utama di dunia.

    Namun Netanyahu sekali lagi yakin dengan perjanjian peluru berpandu.

    “Saya berharap lawatan ini boleh membantu menyelesaikan isu ini kerana saya berpendapat ada peluang munasabah kami yang boleh mencapai penyelesaian bersama,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda