Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecoh ‘Keanu Reeves’ muncul di Thailand

    Video memaparkan seorang lelaki di Thailand yang mirip pelakon terkenal Hollywood iaitu Keanu Reeves meraih perhatian ramai di media sosial.

    Pada awalnya ramai menyangka itu adalah Keanu sedang menjalani penggambaran lem di negara berkenaan.

    Malah ada yang tidak terkejut melihat kelibat Keanu ‘bersidai’ di tepi jalan kerana aktor itu memang cukup terkenal dengan sikapnya yang merendah diri.

    Sebelum ini juga sudah banyak tersebar fotonya menaiki kereta api bawah tanah, duduk bertinggung di tepi jalan sambil menghisap rokok dan berbasikal ke mana-mana sahaja dia pergi.

    Bagaimanapun, tanggapan warganet mula berubah apabila lelaki berkenaan dilihat mengenakan pakaian tradisional Thailand selain cekap membancuh kopi, menjual sotong bakar dan mencuci pinggan mangkuk.

    Memetik laporan Khaosod Online, lelaki berkenaan bukanlah Keanu sebaliknya warga Jerman yang sudah lama menetap di Thailand.

    Lelaki itu difahamkan tinggal di daerah Pak Chong wilayah Nakhon Ratchasima.

    Dia yang dikenali sebagai sebagai Andreas Kalias telah berkahwin dengan wanita Thailand sejak empat tahun lalu selepas berkenalan menerusi aplikasi temu janji.

    Menurut isterinya, Kanchalee Phromma, 49, dia meminta Andreas untuk mewarnakan rambut dan janggut selepas melihat wajahnya mirip pelakon terkenal itu. – Agensi

    Andreas bersama isterinya yang menetap di Thailand. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda