Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecoh Park Seo Joon bercinta dengan pelakon cantik dari AS

    Pelakon Park Seo Joon didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Lauren Tsai.

    Menurut mStar yang memetik laporan Allkpop, sebelum ini tular di media sosial foto Seo Joon bersama seorang wanita tidak dikenali berada di Jepun.

    Menurut sumber, dia terserempak dengan Seo Joon bersama wanita dipercayai Lauren yang membintangi siri Netflix berjudul Terrace House.

    “Tempoh hari saya terserempak dengan Seo Joon. Kami sahaja yang perasan namun kakitangan Seo Joon meminta untuk kami merahsiakannya,” katanya.

    Foto yang dikongsi oleh individu berkenaan memaparkan pelakon drama Gyeongseong Creature itu sedang berjalan di hadapan seorang wanita yang didakwa sebagai Lauren.

    Bagaimanapun, agensi pengurusan Seo Joon iaitu Awesome ENT telah pun mengeluarkan kenyataan ringkas berkenaan khabar angin tentang aktor berkenaan.

    Menurut mereka, pihak agensi tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana ia merupakan hal peribadi.

    “Kami harap awda faham bahawa kami tidak boleh mengesahkan perkara peribadi di luar jadual rasmi pelakon (Seo Joon) itu,” ujarnya.

    Sebelum ini, Seo Joon juga pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi Xooos namun kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan tentang khabar angin tersebut. – Agensi

    Seo Joon didakwa bercinta dengan Lauren. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda