Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecoh terkena badi, Wafariena bersih nama

    Kecoh laman sembang apabila tidak semena-mena, pelakon Wafariena Roslan terpalit dalam kontroversi memperlihatkan usaha pihak tertentu cuba menabur fitnah ke atas pasangan selebriti popular, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta dan suaminya, Zain Saidin.

    Dalam kes itu, nama pelakon drama sensasi 7 Hari Mencintaiku itu dipetik pihak yang mendakwa kelab peminat Wafariena, yang dilapor memuat naik hantaran di Facebook (FB) menuduh konon rumah tangga Rozita dan Zain bergolak, hingga meraih perhatian pasangan itu.

    Tampil membersihkan nama, Wafariena kesal namanya digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi menabur fitnah ke atas Rozita dan Zain.

    Wafariena, 26, mendakwa ini bukan kali pertama nama dan wajahnya dieksploitasi dalam media sosial bagi membolehkan si pelaku meraih untung.

    “Rasa terkilan memang ada. Namun, hendak buat macam mana? Kalau cakap pun, mereka tidak peduli.

    Wafariena kesal namanya digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi menabur fitnah ke atas Rozita dan Zain. – mStar

    “Biarpun saya tidak mahu hiraukan perkara ini, namun, disebabkan membabitkan banyak pihak, jadi, saya perlu ambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

    “Langkah ini juga bertujuan membersihkan nama dan menafikan kes mencetuskan kontroversi itu adalah saya atau kelab peminat mewakili saya.

    “Saya tidak tahu bagaimana cara mereka (si pelaku) menjana pendapatan. Namun, sebagai artis, kami hendak cari rezeki sendiri.

    “Jadi, kalau mahu dapatkan duit dengan cara seperti itu, tidak sepatutnya,” katanya kepada BH Online.

    Baru-baru ini, Rozita dilapor berang apabila sebuah portal picisan didakwa mengumpan pengguna untuk menekan klik terhadap dakwaan konon rumah tangganya dengan Zain, goyah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda