MANCHESTER, 9 MAC – Manchester United berjaya menyempurnakan kemenangan berganda tetangga Liga Perdana menentang Manchester City untuk pertama kalinya dalam satu dekad dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan semalam.
Jaringan pembukaan pada separuh masa pertama menerusi Bruno Fernandes dari sepakan percuma kepada Anthony Martial, berjaya menembusi gawang penjaga gol City, Ederson.
Satu lagi kecuaian Ederson memberikan gol kedua buat United pada separuh masa kedua perlawanan, menerusi Scott McTominay, menambah kesengsaraan City di Old Trafford dengan tendangan McTominay dari jarak jauh memberi kemenangan selesa buat United.
“Saya melihat penjaga gawang itu memberi peluang kepada saya sendiri,” kata McTominay. “Itu adalah saat yang paling manis. Satu pujian kepada pasukan saya, mereka lakukan yang terbaik hari ini. Ini satu permainan yang perlu kita percaya.”
Kekalahan ketujuh untuk City yang berada di tempat kedua musim ini, memberi lebih peluang awal lagi kepada Liverpool untuk memenangi gelaran Liga Perdana dengan pasukan Jurgen Klopp kini memerlukan hanya dua kemenangan sahaja lagi daripada sembilan perlawanan mereka. – AP
