Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecuaian punca insiden Halloween Korea Selatan

    SEOUL, 13 JAN – Polis Korea Selatan pada ini menyimpulkan bahawa kecuaian dan kegagalan perancangan sebagai punca kematian orang ramai pada Halloween tahun lalu di Seoul, yang telah mengorbankan lebih 150 orang.

    Sebilangan besar peserta pesta berkostum adalah golongan muda, kebanyakannya wanita berusia 20an, meninggal dunia dalam tragedi itu pada 29 Oktober di kawasan hiburan malam Itaewon yang popular di ibu negara.

    Pasukan khas yang menghabiskan masa berbulan-bulan menyiasat bukti dan menemu bual pegawai bertugas, berkata pada akhir siasatannya bahawa terdapat kegagalan besar dalam tindakan respon kecemasan, tetapi tidak menyalahkan mana-mana pegawai tertinggi kerajaan atau agensi negara.

    “Organisasi yang bertanggunjawab untuk mencegah dan bertindak balas terhadap bencana ialah polis, pejabat daerah dan Seoul Metro, yang tidak mewujudkan langkah-langkah keselamatan terlebih dahulu atau tidak merancang dengan baik,” kata Sohn Jae-han, ketua pasukan itu, kepada pemberita.

    “Langkah-langkah sewajarnya tidak diambil walaupun selepas menerima permintaan untuk menyelamat pada hari bencana”, katanya.

    Kerjasama yang lemah antara agensi dan kelewatan dalam komunikasi dan usaha bantuan menyumbang kepada angka kematian yang lebih tinggi, tambahnya.

    Enam orang telah ditangkap kerana siasatan termasuk Lee Im-jae, bekas Ketua Balai Polis Yongsan, yang menyelia Itaewon dan Park Hee-young, ketua pejabat daerah Yongsan.
    Kedua-dua Lee dan Park ditahan atas tuduhan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian.

    Pada Disember, seorang remaja yang terselamat daripada insiden ditemui mati, dengan cara membunuh diri. Pihak berkuasa memutuskan bahawa kematiannya dianggap sebagai mangsa insiden, dan meningkatkan angka kematian kepada 159. – AFP

    Gambar fail pada 30 Oktober 2022, menujukan pegawai polis berkawal di tempat kejadian di mana berpuluh-puluh orang maut dan cedera semasa lonjakan orang ramai di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Penyelamat merawat orang yang cedera di jalan berhampiran tempat kejadian insiden tersebut di Seoul, Korea Selatan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda