BANDAR SERI BEGAWAN, 16-22 Januari 1997 – Penduduk di kawasan Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong telah meningkatkan pengawasan dan langkah berjaga-jaga. Ini ekoran kecurian yang menjadi-jadi di kawasan perumahan itu sejak bulan Disember yang kebetulan memasuki musim hujan lebat hampir setiap malam. Kejadian itu dikatakan berlaku pada waktu menjelang Subuh ketika para penghuni sedang tidur lena.