BEIJING, 2 FEB – Apple mengumumkan semalam tentang penutupan kedai, pejabat korporat dan pusat hubungan di China sehingga 9 Februari disebabkan wabak koronavirus baharu.
Virus itu telah mendorong kerajaan melanjutkan cuti Tahun Baharu Cina sehingga hujung minggu ini dalam usaha untuk membendung penularan, namun banyak wilayah dan bandar telah meminta syarikat supaya menangguh kepulangan mereka.
“Ingatan kami bersama mereka yang paling terjejas oleh koronavirus dan mereka yang bekerja siang malam untuk mengkaji dan mengawalnya,” kata Apple dalam satu kenyataan.
Ia menambah penutupan diputuskan ‘berdasarkan nasihat terbaharu daripada pakar kesihatan terkemuka.’
Kedai online Apple masih dibuka dan syarikat berkata ia akan memantau situasi berkenaan dengan ketat.
China ialah tempat pasaran pengguna ketiga terbesar firma dan sebahagian rantaian bekalannya. Namun seperti setiap syarikat di China, ia telah terjejas oleh virus yang membunuh 259 orang dan menjangkiti hampir 12,000 yang lain. – AFP