Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedai Konsep Acer pertama negara dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Sebuah syarikat ICT, Acer, hari ini merasmikan pembukaan rasmi kedai konsep pertama mereka di Concept Computer Brunei, Kiulap yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk peranti digital terbaru.

    Upacara perasmian pembukaan kedai berkenaan.

    “Kami sangat gembira untuk merasmikan Kedai Konsep Acer yang pertama di Brunei. Sokongan kuat daripada rakyat Brunei telah menjadi asas dalam kemampuan kami untuk mengekalkan misi kami dalam merapatkan jurang teknologi,” kata Pengarah Perniagaan Pengguna Acer, Johnson Seet.

    Johnson Seet ketika menyampaikan ucapan.

    Kedai berkenaan dilengkapi dengan paparan interaktif dan demonstrasi yang mempamerkan pelbagai rangkaian produk termasuk peranti AI yang dipertingkatkan. Pelanggan berpeluang untuk menggunakan teknologi terkini Acer secara langsung, dengan produk yang tersedia termasuk komputer riba, desktop, monitor, dan tablet untuk kegunaan pengguna dan komersial, serta peranti berprestasi tinggi di bawah jenama Predator dan perkakas gaya hidup Acerpure.

    Sejak 2012, Acer telah bekerjasama dengan syarikat Ontime Service Network untuk menyediakan sokongan selepas jualan yang menyeluruh kepada pelanggan. Kerjasama ini membolehkan bantuan yang tepat pada masanya dan pakar penyelesaian dan meningkatkan produktiviti, sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan.

    Selain daripada pembukaan rasmi kedai berkenaan, Acer juga mengadakan Acer Day setiap tahun dengan tema Al’m Limitless untuk tahun ini yang memfokuskan pada produk-produk Acer yang dipertingkatkan dengan AI yang membantu meneroka keupayaan kreatif yang baharu dalam kalangan pengguna.

    Vincent Pao dan Johnson Seet ketika menjelajah kedai berkenaan.

    Antara aktiviti Acer Day adalah promosi Flash Sale hanya terbuka pada hari ini bermula pukul 12 tengah hari bersempena dengan perayaan ini. Promosi meliputi komputer riba, desktop, monitor, dan aksesori dengan potongan harga sehingga 96 peratus dengan harga bermula dari hanya $1.

    Terdapat juga promosi sepanjang bulan di mana Acer menawarkan tawaran istimewa pada produk terpilih, dan pelanggan yang membeli produk terpilih ini boleh menebus baucar Excapade bernilai sehingga $90 bermula dari 1 September 2024 hingga 30 September 2024.

    Suasana di dalam kedai berkenaan bersama sebahagian daripada produk yang dipamerkan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda