Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedai kopi hipster bawa perubahan suasana di Qatar

    DOHA – Gedung Membeli-Belah Tawar di Doha kelihatan seperti mana-mana pusat membeli-belah biasa lain di sekitar Qatar, tetapi terletak di salah satu sudutnya, satu revolusi budaya sedang berlaku.

    Di sana anda akan terjumpa Flat White, usaha niaga pertama Qatar bagi sebuah kafe hipster.

    Pelanggan boleh membeli minuman seperti V60, Aeropress atau Ginger Latte, memilih biji kopi dari Colombia, Tanzania atau Peru, seterusnya duduk dan meminumnya sambil membaca buku.

    Atau mereka hanya menghirup kopi dan mengagumi seni bina perhiasan brutalis, dinding konkrit moden dan lampu tergantung kontemporari.

    Di belakang, kedengaran bunyi minuman yang sedang disediakan oleh pelayan kopi di mesin berharga AS$3,500.

    Pelanggan kelihatan beratur untuk membuat pesanan mereka di kafe Flat White, Gedung Membeli-Belah Tawar di Doha. – AFP

    “Kami tidak mempunyai gaya hipster ini, ia adalah apa yang hilang di Qatar,” kata Nasser al-Nuaimi, pemilik bersama Flat White bersama isterinya, Maryam.

    Nasser, 35, seorang penggemar fanatik kopi, yang mula memajukan versi minuman ala-baratnya itu ketika melancong, terutamanya di Amerika Syarikat.

    Seorang eksekutif insurans antarabangsa, beliau menemui kedai khas pembuatan kopi ketika mengadakan kunjungan perniagaan dan memutuskan untuk mencuba membawa budaya tersebut pulang ke tanah air.

    Beliau membuka kedai Flat White pertamanya pada tahun 2012 dan sekarang terdapat tiga buah kedai seumpamanya di Doha.

    “Selepas pukul 5 petang di Eropah, orang tidak akan meminum kopi tetapi bir. Di sini kopi adalah kesukaan kami, kami meminumnya pada bila-bila masa, kami tidur pada bila-bila masa,” katanya.

    Kedai kopi jenis antarabangsa itu dipenuhi dengan pelanggan dan kebanyakan mereka adalah warga Qatar, lelaki memakai jubah tradisional putih dan wanita dalam abaya hitam.

    “Kami suka kopi, suasana, tenaga,” kata Shamma, 19, seorang pelajar yang meminum kopi kapucino dan memakan kek keju bersama kawannya Muneera, juga 19 tahun.

    “Saya pernah mengunjungi kedai kopi di London dan saya benar-benar menyukainya. Ia sedang dibawa ke sini,” kata beliau.

    “Ia lebih merupakan satu gagasan sosial daripada hanya meminum kopi.”

    Duduk berhampiran adalah jurutera Mohammed dan Jassim, kedua-duanya berusia 34 tahun, yang berkata Flat White telah membuat mereka menghargai jenis kopi berlainan.

    Seorang barista sedang menyediakan pesanan pelanggannya di kafe Flat White. – AFP
    Kopi Arab telah menjadi teras budaya minum di rantau itu untuk beribu-ribu tahun. Jassim berkata masyarakat masih meminumnya tetapi memilih membuatnya di rumah. – AFP
    Satu kajian terbaru oleh kumpulan perkhidmatan kewangan UBS mendapati secawan kopi di Doha adalah yang paling mahal di dunia, berharga AS$6.40 secara purata. Kedai kopi khas telah tumbuh dengan pesat di seluruh Doha. – AFP

    “Mereka memilih biji kopi dari tempat khas. Kami menyedari apa yang kami selalu minum sebelum ini bukannya kopi,” kata Mohammed, merujuk kepada jenama barat yang lebih tersebar luas.

    Kopi Arab telah menjadi teras budaya minum di rantau itu untuk beribu-ribu tahun. Jassim berkata masyarakat masih meminumnya tetapi memilih membuatnya di rumah.

    Harga tidaklah murah. Kopi Chemex, dibuat dalam botol kaca yang direka khas, berharga 26 riyal, kira-kira AS$7.

    Satu kajian terbaru oleh kumpulan perkhidmatan kewangan UBS mendapati secawan kopi di Doha adalah yang paling mahal di dunia, berharga AS$6.40 secara purata. Kedai kopi khas telah tumbuh dengan pesat di seluruh Doha.

    Di Qanat Quartier, kawasan mewah yang menempatkan kawasan kecil ala Venice, kafe dengan nama seperti ‘Volume’ dan ‘Artist Café’ telah muncul dengan tiba-tiba.

    ‘Fahaman hipster’ yang berkembang tidak hanya terbatas kepada kopi. Kedai khas sarapan bijirin telah dibuka, begitu juga dengan restoran vegan pertama di Qatar.

    Dan pelanggannya menjangkau ke luar negara Teluk, dengan kedai kopi milik warga Qatar di London, di kawasan eksklusif Mayfair, digelar Kuarter Qatar oleh akhbar Britain, serta restoran gastro-burger berhampiran dengan Harrods milik Qatar.

    Namun dengan apa yang sedang berlaku di Qatar buat masa sekarang, sektor makanan dan minuman telah terjejas oleh krisis politik Teluk, di mana negara jiran Qatar telah memutuskan kesemua hubungan, menuduhnya menyokong keganasan dan terlalu rapat dengan Iran, suatu dakwaan yang disangkalnya.

    Qatar sebelum ini bergantung pada jirannya untuk kebanyakan import mereka dan terpaksa menyelaras sumbernya.

    Sebagai sebahagian daripada tindakan untuk mengurangkan kebergantungan negara pada import, Qatar sekarang dilaporkan mahu membuka kilang memanggang kopi pertamanya disebabkan permintaan tempatan yang tinggi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda