Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Kedai semakin banyak, orangnya tidak

    Perasan atau tidak, pembangunan di negara kita semakin rancak dijalankan. Namun, terdapat satu ‘missing link’ di sebalik aktiviti pembinaan bangunan-bangunan ini, iaitu kepadatan penduduk.

    Jika kita lihat di sekeliling kita, bangunan lot-lot komersial semakin banyak dibina. Namun, apabila ia siap dibina, purata kadar penghunian (occupancy rate) sangatlah rendah. Tanpa perlu menamakan mana-mana bangunan komersial secara khusus, cubalah awda perhatikan bangunan lot-lot kedai berhampiran kawasan kediaman awda sama ada ia melebihi 50 peratus ataupun tidak.

    Semasa saya membuat tinjauan di beberapa kawasan tumpuan di sekitar Daerah Brunei dan Muara, saya dapati banyak bangunan yang sudah pun beberapa tahun siap dibina, tetapi kelihatan seperti masih belum banyak penghuninya. Jika ada pun, hanya beberapa kerat sahaja. Dan kebanyakannya adalah restoran terkemuka, kedai kopi, kedai makan ‘mamak’, farmasi, dan kedai ‘2 ringgit’.

    Hal ini membimbangkan saya kerana kita sesuka hati menebang pokok, meratakan tanah dan membina bangunan, hanya untuk dibiarkan kosong sahaja. Bukankah itu adalah satu pembaziran sumber alam?

    Sepatutnya, pihak berwajib perlu campur tangan dalam hal ini dengan mengehadkan tanah yang boleh dibangunkan. Sebagai contoh, kontraktor A sudah membangunkan lot komersial di kawasan ABC. Selepas bangunan tersebut siap, jika kadar penghuniannya tidak melebihi 50 peratus, maka kerajaan perlu mengenakan sekatan ke atas kontraktor tersebut. Kerajaan boleh mengenakan salah satu daripada syarat berikut: (i) selagi kadar penghunian lot komersial di kawasan ABC itu tidak mencapai 50 peratus, maka kontraktor A tidak boleh membangunkan lot komersial lain di kawasan DEF, atau (ii) jika kontraktor A mahu bangunkan juga kawasan DEF, keluasan yang dibenarkan perlulah kurang separuh daripada keluasan kawasan ABC yang dibangunkannya sebelum ini.

    Orang awam tidak punya kuasa kerana negara ini bukanlah berpaksikan sistem demokrasi. Dan saya juga faham, kontraktor pasti tidak akan berhenti membuka dan membangunkan kawasan-kawasan baharu kerana ini merupakan periuk nasi mereka. Maka, tinggal pihak relevan sahajalah yang paling berhak dan berkuasa untuk mengawal keadaan ini.

    Kita mahu melihat Brunei maju, tetapi ini bukan caranya.

    Mat Thunberg

    Sayangilah hutan kita. Jika populasi tidak ramai, jangantah dibina begitu banyak kedai. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...