KABUL, 1 MAC – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani berkata hari ini bahawa kedamaian sementara separa tujuh hari akan diteruskan namun menolak komponen penting perjanjian baharu Amerika Syarikat-Taliban yang menggesa bagi pembebasan ribuan banduan pemberontak.
Tempoh yang digelar ‘pengurangan dalam keganasan’ yang menyaksikan serangan berkurangan di seluruh Afghanistan, berjalan selama seminggu sebelum penandatangan persetujuan bersejarah antara AS dan Taliban di Doha Sabtu lalu. Persetujuan itu menjelaskan tempoh pengunduran 14 bulan bagi semua tentera asing, memberikan Taliban beberapa jaminan dan mengadakan rundingan bersama Kabul bagi perjanjian perdamaian lebih komprehensif.
“Pengurangan dalam keganasan itu akan berterusan bersama matlamat untuk mencapai gencatan senjata penuh,” kata Ghani memberitahu sidang media. “Jeneral (Scott) Miller telah memberitahu Taliban untuk berbuat demikian. – AFP