Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedegilan Wenger ‘makan diri’

    LONDON, 30 Ogos – Digegarkan dengan kekalahan memalukan 4-0 Arsenal di Liverpool, Arsene Wenger berdepan siri pembelotan jendela perpindahan yang menjejaskan, mengancam ke arah kemerosotan pasukannya yang sudah mengalami musim tidak menentu.

    Dengan jendela perpindahan ditutup pada jam 2200 GMT Khamis ini, bos Gunners, Wenger mendapati dirinya dalam masalah yang dihasilkannya sendiri ketika Alexis Sanchez dan Alex Oxlade-Chamberlain menerajui barisan bintang Arsenal yang mahu meninggalkan kelab bermasalah itu.

    Penyerang Chile, Sanchez terdesak untuk melengkapkan perpindahan ke Manchester City selepas menolak tawaran 300,000 pound seminggu bagi melanjutkan kontraknya yang dijangka berakhir hujung musim ini.

    Sanchez, yang mencetuskan kemarahan penyokong apabila dia dilihat tersenyum di bangku simpanan Arsenal dalam kekalahan kepada Liverpool, telah dilaporkan meminta dikecualikan daripada latihan bersama Chile minggu ini sementara perbincangan mengenai masa depannya semakain hangat.

    City dikatakan telah menawarkan pemain sayap England, Raheem Sterling campur tunai dalam usaha meyakinkan Wenger untuk melepaskan aset berharganya itu.

    Wenger dilaporkan membuat tawaran balas dengan memintas City memasukkan Sergio Aguero dalam perjanjian itu, tetapi meskipun Pep Guardiola mula menunjukkan hilang kepercayaan terhadap penyerang Argentina itu, ia pasti mengejutkan jika dia dibenarkan menyertai Arsenal.

    Masa depan Sanchez bukanlah satu-satunya masalah yang dihadapi Wenger.

    Pemain sayap England, Oxlade-Chamberlain juga telah menolak usaha Wenger untuk memujuknya menandatangani kontrak lanjutan 180,000 pound seminggu, dan dengan kontraknya berakhir pada bulan Jun, dia telah dilaporkan diambang menyertai Chelsea dengan perjanjian 35 juta pound. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda