Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kediaman arkitek moden, tersembunyi di Cul De Sac

    MEXICO CITY – Di sebuah kawasan kejiranan bekerja di bandar raya Mexico, dua bangunan konkrit tersembunyi di kawasan hujung Cul De Sac dan telah berjaya menarik pengunjung dari seluruh dunia.

    Bangunan konkrit ini adalah rumah dan studio kepada Luis Barragan, salah seorang arkitek yang berpengaruh di Mexico dan telah tinggal serta bekerja di bangunan ini selama empat dekad. Kompleks bangunan ini, dipanggil sebagai Casa Luis Barragan dan mempunyai ciri

    bentuk bersih, gaya yang minimal, diadaptasikan dengan unsur-unsur gaya Mexico dengan keadaan dinding yang tinggi, cahaya semula jadi dan percikan warna yang pelbagai, sekali gus mencipta ruang yang ajaib dan menarik.

    Bangunan ini telah dibina pada tahun 1948 dan telah menjadi sebuah muzium selepas kematian Barragan pada tahun 1988 serta telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2004. Bagi para pengunjung yang ingin berkunjung ke bangunan ini hendaklah membuat tempahan beberapa minggu lebih awal bagi mengelakkan kesesakan pengunjung.

    Jurupandu yang ditugaskan di bangunan ini lazimnya akan menggunakan Bahasa Sepanyol namun ada juga jurupandu menggunakan Bahasa Inggeris. Bagi mana-mana pengunjung yang datang tanpa membuat sebarang tempahan akan disuruh pulang dan tidak dibenarkan masuk.

    Bangunan ini telah dibina pada tahun 1948 dan telah menjadi sebuah muzium selepas kematian Barragan pada tahun 1988. – AP

    Beberapa buah pasu hampir tersembunyi di sebalik dinding yang mengelilinginya. – AP

    Barragan merupakan pendukung pemodenan yang telah berjaya menyatukan fungsi Le Corbusier dengan reka bentuk yang diilhami oleh tradisi dan budaya Mexico serta pengalaman pengembaraannya ke beberapa buah tempat seperti Maghribi.

    Barragan telah menggunakan cahaya semula jadi bagi mewujudkan ‘ruang peralihan’ yang memisahkan bahagian luar dari dalam sekali gus membangkitkan ketenangan sebuah halaman bercirikan Mexico. Namun Barragan juga menggunakan warna cerah seperti warna kuning, cerah dan merah jambu yang dipanggil sebagai Rosa Mexicana.

    Muzium Seni Moden New York pada tahun 1976 telah memberikan satu penghormatan kepada Barragan dengan mempamerkan karya-karyanya dan pada tahun 1980, Barragan telah menjadi penduduk Amerika Latin yang pertama untuk menerima anugerah Pritzker Architecture yang berprestij. Anugerah itu boleh dilihat di pejabat kecilnya bersebelahan dengan perpustakaannya sehingga ke hari ini.

    Salah seorang anak muridnya, Ricardo Legoretta, yang terkenal atas reka bentuknya terhadap The Camino Real Hotel di Mexico City dan Katedral Katolik di Managua, Nicaragua, juga merupakan arkitek yang sangat dihormati di Mexico.

    Menurut sejarah, Barragan tidak pernah mendirikan rumah tangga dan telah meninggal dunia di kediamannya ketika berusia 86 tahun.

    Rumah dan studio arkitek tersebut dimiliki oleh pihak kerajaan negeri asalnya Jalisco dan sebuah organisasi yayasan, Fundacion de Arguitectura Tapatia Luis Barragan.

    Kediaman arkitek tersebut menyatukan reka bentuk moden yang diilhami oleh tradisi dan budaya Mexico serta pengalaman pengembaraannya ke beberapa buah tempat. – AP

    Namun beberapa koleksi peralatan-peralatan professional arkitek tersebut seperti perancangannya, foto dan model telah dibeli oleh sebuah Syarikat Perabot Switzerland dan ditempatkan di sebuah kediaman di Eropah yang turut dinamakan sebagai Barragan.

    Akses untuk melihat dan mencari di arkib itu terbatas disebabkan oleh pemiliknya menyebabkan pihak-pihak muzim dan para sarjana sejarah mendapat sedikit kesukaran untuk mempromosikan legasi karya-karya Barragan.

    Pada tahun 2015, seorang artis konseptual telah memiliki beberapa barangan Barragan yang telah digali balik dan kemudiannya dijadikan sebagai cincin berlian. Dia telah menawarkan cincin itu sebagai pertukaran untuk mengakses arkib sekali gus untuk memastikan satu kesungguhan untuk memiliki sebuah seni.

    Beberapa buah pasu hampir tersembunyi di sebalik dinding yang mengelilinginya. Taman bunga sentiasa subur, boleh dilihat melalui tingkap besar, membawa satu fenomena suasana alam semula jadi yang menakjubkan dan segar.

    Lebih dikenali sebagai arkitek landskap, Barragan sangat berpengaruh di negara beliau sendiri, merencana projek besar seperti Jardines de Pedregal di Mexico City, merubah kawasan luas batu lava menjadi kawasan taman dan kediaman.

    Dia juga merencana perancangan lima menara berwarna-warni pembangunan Ciudad Satelite di pinggir Mexico City dan membina semula gereja dan biara Capuchinas Sacramentarias di zon Selatan Tlapan di ibu negara. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda