Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kediaman bergerak beri ruang kebebasan

    SUASANA kediaman yang santai memberikan anda keselesaan, lebih-lebih lagi ia dapat dinikmati bersama pasangan atau keluarga anda.

    Inilah cuba digambarkan oleh pereka yang mencipta kediaman bergerak iaitu ‘Motorhome’ yang sangat menakjubkan dan didatangkan dengan pelbagai kelengkapan lainnya.

    Kediaman bergerak tersebut sangat sesuai dimiliki oleh pasangan yang berkeluarga kerana ruang dan kawasannya yang cukup besar dengan pengawalan mod-kontra dan juga dilengkapi dengan sebuah garaj yang besar dengan hidrauliknya yang tersendiri.

    ‘Motorhome’ bernilai £ 1. juta juga didatangkan dengan kelengkapan yang serba moden, di mana ia akan memberikan anda kebebasan dengan membawanya ke mana sahaja yang hendak dituju.

    Garaj yang terdapat dalam kemudahan tersebut juga akan memuatkan kenderaan dan membolehkan pemiliknya meletakkan kenderaan di dalam kawasan garaj dan memandu ‘Motorhome’ ke destinasi yang dituju.

    ‘Motorhome’ yang menakjubkan ini dilengkapi dengan pengawalan mod-kontra dan juga sebuah garaj ‘supercar’.
    Dalaman kenderaan yang menyerupai hotel lima bintang.

    Garaj tersebut boleh memuatkan kenderaan mewah seperti Ferrari, Porsche, BMW atau Mercedes, yang dipindahkan menggunakan lif elektrohidroik.

    Dengan anggaran harga AS$1.7million (£1.2million), ‘Motorhome’ menawarkan kelengkapan serba moden seperti ruang dapur, tempat tidur, kelengkapan kayu dan kulit, hiburan yang canggih dan kawasan terbuka serta penyediaan ruang tambahan.

    Bagi Stephanie Volkner, pengarah firma Jerman Volkner Mobil GmbH, salah satu daripada ciri-ciri terbesar yang menunjukkan kebanggaan rumah ini adalah ruang tempat memasak, sesuatu yang tidak dapat dijumpai di dalam kebanyakan pesaing kediaman motor.

    Stephanie berkata: “Ia merupakan sebuah rumah di atas roda.”

    Ruang tidur yang mewah turut dilengkapi dalam kenderaan tersebut.

    “Pelanggan kami yang menempah kenderaan ini pada kebiasaannya memiliki syarikat yang besar. Mereka mahu melancong dengan suasana yang lebih santai dan bebas.

    “Mereka mahu membuat keputusan apabila mereka memulakan perjalanan mereka dan merancang untuk pergi ke destinasi yang sesuai dengan menggunakan kenderaan ini.

    “Mereka akan melihat keadaan cuaca dan akan memulakan perjalanan mengikut kesesuaian. Mereka mahu menikmati ruang percutian dengan kenderaan ini di kawasan pilihan mereka dan memiliki ruang peribadi yang tersendiri.

    “Eksklusif bagi semua orang adalah sangat berbeza. Ada yang memerlukan keemasan untuk menjadi eksklusif.

    “Bagi saya, ia adalah sangat eksklusif kerana kawasan dalaman kenderaan tersebut mempunyai tema dan ciri yang sangat harmoni dan semua bahan-bahan didatangkan dengan mutu kualiti yang tinggi.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda