Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Kediaman mewah Sanctuary by Stratus dilancar

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Rumah Sanctuary by Stratus, dibina oleh Stratus Development Sdn Bhd, telah dilancar pada majlis yang dihadiri para pengamal media dan influencer media sosial, baru-baru ini.

    Sanctuary memaparkan empat unit rumah berkembar dua tingkat dan 15 unit rumah teres di kawasan Kiulap.

    Semua unit berkenaan menampilkan warna dan tekstur semula jadi yang menenangkan; peralatan besi; kelengkapan dan perkakasan sanitasi premium yang menarik dari segi estetika dan fungsi. Sanctuary menawarkan tempat tinggal yang ideal untuk mereka yang mencari gaya hidup mewah dan moden.

    Meskipun Sanctuary by Stratus merupakan projek perumahan pertama oleh pemaju tersebut, ia telah memenangi anugerah daripada Asia Pacific Property Awards (2021-2022) dalam kategori Pembangunan Perumahan Brunei berdasarkan kualiti binaan, seni ketukangan halus serta reka bentuk kontemporari.

    Stratus Development telah ditubuhkan pada 2020 dengan misi untuk membangunkan kediaman dan bangunan komersial berkualiti dan selesa di lokasi utama di negara ini.

    Sanctuary menampilkan empat unit rumah berkembar dua tingkat dan 15 unit rumah teres di kawasan Kiulap.
    Bahagian dalaman menampilkan perabot moden dan minimalis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...