Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kediaman vila Platini diceroboh pencuri

    PARIS, 20 JULAI – Legenda bola sepak, Michel Platini telah terserempak dengan seorang pencuri yang menceroboh vilanya di selatan Perancis pada Jumaat lalu, menurut sumber yang rapat dengan siasatan polis kepada AFP.

    Platini, 70, terdengar bunyi di laman rumahnya di Cassis pada awal pagi dan bersemuka dengan seorang lelaki bertopeng hitam, yang kemudiannya melarikan diri bersama beberapa trofi dan pingat, menurut sumber tersebut.

    Platini telah mewakili Perancis sebanyak 72 kali dan memenangi anugerah Ballon d’Or untuk pemain terbaik dunia selama tiga tahun berturut-turut dari 1983 hingga 1985.

    Beliau turut memimpin Perancis ke separuh akhir Piala Dunia pada tahun 1982 dan 1986.

    Platini pernah memegang jawatan Presiden UEFA dari 2007 hingga 2016 dan kemudian terpalit dalam skandal kewangan bersama bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter, namun telah dibebaskan daripada semua pertuduhan pada Mac tahun ini. – AFP

    Bekas Presiden UEFA, Michel Platini ketika tiba di mahkamah di Muttenz, berhampiran Basel, pada 25 Mac lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda